10 SIFAT MAHMUDAH(TERPUJI) lawan 10 SIFAT MAZMUMAH(TERKEJI).......cuba check hati
kita
Antara Isi Kuliah Tasauf Yang Disampaikan Oleh Tuan Haji Ismail b. Haji Awang (Ketua Imam Masjid Jamek Felda Trolak Selatan) pada 17 Mac 2012 selepas Solat Maghrib.
Mahmudah adalah sifat HATI Terpuji, daripadanya terpancar
kelakuan dan tingkahlaku yang mulia seperti suka menderma.
Mazmumah adalah sifat HATI Terkeji, daripadanya terbit kelakuan dan tingkahlaku yang hina seperti suka makan rasuah.
Tingkah laku yang mulia ialah seperti suka beribadat, rajin bersedekah, suka membantu orang ramai, merendah diri dan lain-lain.
Tingkahlaku yang hina seperti malas beribadat, kedekut bakhil, berat tulang, sombong diri dan lain-lain.
Kedua-duanya berpunca dari dua sifat di atas iaitu Mahmudah dan Mazmumah.
Tempatnya Hati
Mahmudah dan Mazmumah berpunca dan bersarang di hati. Benarlah kata Nabi saw,
ألا وإن فى الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهى القلب
“Tidakkah dalam jasad manusia ada seketul daging, apabila baik ia maka baiklah jasad seluruhnya. Dan apabila rosak ia maka rosaklah jasad seluruhnya, ia adalah hati”
Punca Penyakit dan Punca Maksiat
Penyakit hati atau maksiat hati atau maksiat batin sangatlah banyak. Ianya berhajat kepada usaha yang berterusan dan cara mengubatinya sangatlah susah.
Segala jenis maksiat yang berlaku hari ini bunuh, rogol, curi, rasuah, kezaliman, penindasan, penolakan terhadap hukum ALLAH …. adalah berpunca dari dalaman diri manusia(rohani).
Di antara penyakit itu ialah riya’, takabbur, ‘ujub, sum’ah, gila harta, gila pangkat dan lain-lain.
10 SIFAT MAZMUMAH
Mazmumah adalah sifat HATI Terkeji, daripadanya terbit kelakuan dan tingkahlaku yang hina seperti suka makan rasuah.
Tingkah laku yang mulia ialah seperti suka beribadat, rajin bersedekah, suka membantu orang ramai, merendah diri dan lain-lain.
Tingkahlaku yang hina seperti malas beribadat, kedekut bakhil, berat tulang, sombong diri dan lain-lain.
Kedua-duanya berpunca dari dua sifat di atas iaitu Mahmudah dan Mazmumah.
Tempatnya Hati
Mahmudah dan Mazmumah berpunca dan bersarang di hati. Benarlah kata Nabi saw,
ألا وإن فى الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهى القلب
“Tidakkah dalam jasad manusia ada seketul daging, apabila baik ia maka baiklah jasad seluruhnya. Dan apabila rosak ia maka rosaklah jasad seluruhnya, ia adalah hati”
Punca Penyakit dan Punca Maksiat
Penyakit hati atau maksiat hati atau maksiat batin sangatlah banyak. Ianya berhajat kepada usaha yang berterusan dan cara mengubatinya sangatlah susah.
Segala jenis maksiat yang berlaku hari ini bunuh, rogol, curi, rasuah, kezaliman, penindasan, penolakan terhadap hukum ALLAH …. adalah berpunca dari dalaman diri manusia(rohani).
Di antara penyakit itu ialah riya’, takabbur, ‘ujub, sum’ah, gila harta, gila pangkat dan lain-lain.
10 SIFAT MAZMUMAH
1.
Ghadab - marah
2.
Hasad Dengki
3.
Bakhil - kedekut
4.
Syarhu Ta'am - "Buruk Makan"
5.
Syarhu Kalam - "Buruk Cakap"
6.
Hubb al-Jah - Gila Kuasa
7.
Hubb al-Dunya - Gila Dunia
8.
'Ujub - Hairan Diri - Syok sendiri
9.
Takabbur - Sombong
10.
Riya' - menunjuk-nunjuk.
10 SIFAT MAHMUDAH
1.
Taubat
2.
Khauf - takut
3.
Zikr al-Maut - Ingat Mati
4.
Mahabbah - kasih sayang
5.
Zuhud
6.
Tawakkal
7.
Ikhlas
8.
Syukur
9.
Redha
10.
Sabar.
Sekian, terima kasih.
Bab 1 : Pengenalan
1. Pengertian Ilmu Tasawwuf :
Ilmu tasauf ialah ilmu
yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan
sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau
menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela .
2. Ilmu tasawwuf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya
sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang
sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah .
3. Syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainah:
a) Banyak bersabar .
b) Banyak menderita yang di alami oleh jiwa .
b) Banyak menderita yang di alami oleh jiwa .
4. Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat
Mahmudah / terpuji di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu :
1) Taubat .
2) Khauf ( Takut )
3) Zuhud
4) Sabar.
5) Syukur.
6) Ikhlas.
7) Tawakkal.
8) Mahabbah ( Kasih
Sayang )
9) Redha.
10) Zikrul Maut (
Mengingati Mati )
5. Dan Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat
Mazmumah / tercela / sifat keji di dalam kitab tersebut iaitu :
1) Banyak Makan
2) Banyak bercakap.
3) Marah.
4) Hasad.
5) Bakhil.
6) Cintakan
kemegahan.
7) Cintakan dunia .
8) Bangga Diri.
9) Ujub ( Hairan
Diri ).
10) Riya’ (
Menunjuk-nunjuk ).
SIFAT-SIFAT
MAHMUDAH
Bab 1 : Taubat
1. Iaitu kembali
daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat yang tertentu.
2. Firman Allah
S.W.T. yang bermaksud :
” Dan mohonlah
ampun kepada Allah , sesungguhnya ia Maha
Pengampun lagi Maha Mengasihani ”.
( Surah Al – Muzammil – Ayat 20 )
Pengampun lagi Maha Mengasihani ”.
( Surah Al – Muzammil – Ayat 20 )
3. Syarat-syarat
taubat adalah seperti berikut :
·
Meninggalkan maksiat atau perkara dosa tersebut.
·
Menyesal atas maksiat atau dosa yang telah dilakukan.
·
Bercita-cita tidak akan mengulanginya lagi.
·
Mengembalikan hak-hak makhluk yang dizalimi.
·
Mengerjakan perkara-perkara fardhu yang telah luput.
4. Setiap manusia
tidak dapat mengelakkan dirinya daripada tersalah dan terlupa, melainkan manusia
yang Ma’asum ( terpelihara daripada dosa ) seperti rasul-rasul dan nabi-nabi.
5. Seseorang itu
hendaklah bersungguh-sungguh memelihara diri daripada dosa iaitu dengan
memelihara seluruh anggota daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh
agama.
6. Beberapa faedah
dan hikmah taubat iaitu:
·
Menghidupkan jiwa yang resah kerana dosa.
·
Mendekatkan diri kepada Allah S.W.T .
·
Meningkatkan ketaqwaan diri.
·
Membenteras tipu-daya syaitan yang selama ini memerangkap
manusia
dengan berbuat dosa dan maksiat.
dengan berbuat dosa dan maksiat.
Memperolehi
kemuliaan dan anugerah Allah S.W.T. dalam hidup di dunia dan akhirat
Bab 2: Khauf
1. Khauf bererti
takut akan Allah s.w.t., iaitu rasa gementar dan rasa gerun akan kekuatan dan
kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala
perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.
2. Firman Allah
s.w.t. yang bermaksud : “Dan kepada Akulah ( Allah ) sahaja hendaklah kamu
merasa gerun dan takut bukan kepada sesuatu yang lain”.
( Surah Al-Baqarah – Ayat 40 )
( Surah Al-Baqarah – Ayat 40 )
3. Seseorang itu
tidak akan merasai takut kepada Allah s.w.t. jika tidak mengenalNya. Mengenal
Allah s.w.t. ialah dengan mengetahui akan sifat-sifat ketuhanan dan sifat
-sifat kesempurnaan bagi zatNya.
4. Seseorang itu
juga hendaklah mengetahui segala perkara yang disuruh dan segala perkara yang
ditegah oleh agama.
5. Dengan mengenal
Allah s.w.t. dan mengetahui segala perintah dan laranganNya, maka seseorang itu
akan dapat merasai takut kepada Allah s.w.t.
6. Rasa takut dan
gerun kepada Allah s.w.t. akan menghindarkan seseorang itu daripada melakukan
perkara yang ditegah oleh Allah s.w.t. dan seterusnya patuh dan tekun
mengerjakan perkara yang disuruhnya dengan hati yang khusyuk dan ikhlas.
Rujukan : Tasauf di
Dalam Islam – Datuk Hj.Md.Yunus bin Hj. Md. Yatim.
( Bekas Mufti Negeri Melaka )
( Bekas Mufti Negeri Melaka )
BAB 3 : Zuhud
MEMISKINKAN DIRI - PENGERTIAN ZUHUD YANG SEBENARNYA
|
|||
Dunia ini Allah punya segala-segala yang ada di dalam dunia ini pun Allah punya. Bahkan kita manusia ini pun Allah yang punya. Justeru itu pada hakikatnya, kita tidak memiliki apa-apa sebaliknya kita dimiliki. Kalaupun kita ada mempunyai harta kekayaan, wang ringgit yang menimbun-nimbun, kekayaan itu bukan kita punya. Itu milik Tuhan. Kekayaan itu termasuk diri kita sendiri, ia juga adalah milik Tuhan. Kita sebagai manusia dalam keadaan apa sekalipun adalah miskin. Kita bila-bila pun miskin. Kita tetap miskin. Kalau kita kaya dan mempunyai harta, kita hanya tukang jaga kekayaan Tuhan. Kita hanya tukang tadbir kekayaan Tuhan. Kita boleh ambil sekadar yang kita perlu dari kekayaan kita tetapi yang selebihnya mesti digunakan untuk manusia lain yang memerlukan dan untuk masyarakat. Allah jadikan harta dan kekayaan itu untuk manusia seluruhnya, untuk keperluan semua hamba-hambanya. Segala rezeki dan kekayaan yang Allah kurniakan itu cukup untuk hamba-hambaNya di muka bumi ini. Hanya rezeki, harta dan kekayaan itu tidak diberi sama banyak dan sama rata. Ada yang dapat lebih. Ada yang dapat kurang. Supaya ada manusia yang kaya dan ada manusia yang miskin. Allah jadikan miskin kaya bukan secara kebetulan. Kalau dalam masyarakat manusia semuanya miskin, make tidak akan ada penggerak ekonomi, tidak akan ada pencetus industri, perniagaan dan perdagangan. Tidak akan ada pembela bagi orang yang fakir dan miskin. Ekonomi masyarakat tidak akan ujud dan berkembang. Manusia hanya akan sibuk mencari makanan sehari-hari untuk diri dan keluarga masing-masing. Semua manusia akan hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tidak akan berlaku interaksi, usahasama, kerjasama, khidmat dan saling perlu memerlukan di antara satu sama lain. Tidak akan ada kemajuan. Tidak akan terbangun masyarakat, tamadun dan peradaban. Semua manusia akan hidup macam orang asli atau kaum aborigin yang semuanya sama-sama miskin. Sebaliknya kalau dalam masyarakat manusia semuanya kaya-kaya belaka, maka kekayaan itu tidak ada apa-apa makna. Orang kaya akan menjadi susah juga. Siapa yang akan menanam padi. Siapa yang akan ke laut menangkap ikan. Siapa yang akan menternak lembu, kambing dan ayam. Siapa yang akan menanam sayur dan pokok buah-buahan. Bukankah ini semua kerja orang miskin. Apa yang orang kaya hendak makan. Takkan hendak makan duit, emas, perak, intan dan berlian. Siapa yang akan bina rumah, buat jalan, angkut sampah, potong rumput, menjadi pekerja bekalan air dan elektrik dan beribu-ribu macam khidmat lagi. Kalau hendak gerakkan industri dan ekonomi pula siapa yang akan jadi buruh. Siapa yang akan jadi pekerja. Siapa yang akan jadi penyelia. Akhirnya siapa yang akan jadi pembeli atau pengguna bagi barangan dan khidmat yang dikeluarkan. Adanya miskin dan kaya itu adalah rahmat dari Tuhan supaya manusia boleh mencipta kehidupan, membina masyarakat dan menggerakkan tamadun. Supaya manusia kenal-mengenal, bantu-membantu, saling perlu-memerlukan dan berkasih sayang di antara satu sama lain. Tanpa adanya miskin dan kaya di kalangan manusia, maka tidak akan ada interaksi. Tidak akan ada masyarakat. Namun begitu, rezeki dan kekayaan yang Allah limpahkan ke bumi ini adalah untuk semua manusia walaupun pembahagiannya tidak sama banyak dan tidak sama rata. Justeru itu apabila ada orang atau pihak yang tidak menjaga dan tidak mentadbir harta dan kekayaan yang Allah amanahkan kepada mereka dengan baik, maka akan berlakulah bencana. Apabila orang kaya tidak menyama ratakan harta kekayaan mereka kepada fakir miskin dan yang memerlukan, maka akan datanglah malapetaka. Apabila orang kaya mula merasakan kekayaan mereka adalah hak mereka sendiri dan bukan hak Allah yang perlu diagih-agihkan, maka akan turunlah laknat dan bala. Rezeki, harta dan kekayaan Allah itu adalah untuk semua manusia dan masyarakat bukan untuk manusia yang tertentu sahaja. la mesti disama ratakan. Kalau tidak akan timbul kelas dan kasta kaya miskin dalam masyarakat yang satu sama lain benci-membenci, curiga-mencurigai, hina-menghina dan dengki mendengki. Masyarakat akan menjadi kucar- kacir, kacau-bilau, bergaduh dan berkelahi. Akan belaku berbagai bentuk jenayah dan penindasan. Hilang ukhwah dan kasih sayang. Manusia tidak kira kaya atau miskin akan hidup dalam ketakutan dan kebimbangan. Oleh itu, semua manusia terutama yang kaya, perlu memiskinkan diri. Memiskinkan diri ini bukan bererti kita mesti jatuh miskin. Memiskinkan diri ialah menyedari dan merasakan bahawa kita sebagai manusia, hakikatnya adalah miskin dan tidak punyai apa-apa. Kesemua kekayaan adalah hak Allah semata-mata. Kalau pun kita kaya dan berharta, kita tahu dan kita sedar bahawa kita sebenarnya miskin. Kekayaan yang ada itu adalah amanah dari Allah yang wajib kita jaga dan tadbirkan mengikut kehendak-Nya. Kita boleh ambil setakat mana yang perlu sahaja dan menggunakan yang selebihnya untuk golongan fakir miskin dan masyarakat. Memiskin diri ertinya merasakan kekayaan kita bukanlah hak kita tetapi hak Allah untuk diagih-agihkan kepada golongan miskin dan masyarakat. Inilah sebenarnya erti zuhud. Zuhud bukan bermaksud tidak kaya atau tidak berharta. Zuhud ertinya tidak merasakan kekayaan dan harta ini kita punya. Zuhud ertinya merasakan harta dan kekayaan itu kepunyaan Allah yang perlu diagihkan kepada yang berhak. Zuhud ertinya mempunyai kekayaan di tangan tapi tidak di hati. Orang yang zuhud ialah orang yang telah memiskin dirinya hingga mudah baginya menggunakan kekayaannya untuk masyarakat dan golongan yang memerlukan. |
|||
Tasawwuf > Bab 4 : Sabar
·
Iaitu menahan diri daripada keluh kesah pada sesuatu yang tidak
disukai.
·
Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut:
1. Menahan diri
daripada keluh kesah dan menahan diri daripada mengadu kepada yang lain
daripada Allah subhanahu wata‘ala ketika berlaku sesuatu bala atau bencana.
2. Menahan diri
dalam mengerjakan segala perintah Allah.
3. Menahan diri
dalam meninggalkan segala larangan Allah.
·
Sifat sabar itu dipuji pada syara‘ kerana seseorang yang
bersifat sabar menunjukkan ia beriman dengan sempurna kepada Allah, dan
menunjukkan ia taat dan menjunjung segala perintah agama.
·
Orang yang beriman kepada Allah mengetahui bahawa segala perkara
yang berlaku ke atas drinya adalah kehendak Allah yang tidak dapat dielak lagi.
Begitulah juga orang yang taat, tidak akan merasa susah dalam mengerjakan
segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.
Tasawwuf > Bab 5 : Syukur
·
Iaitu mengaku dan memuji Allah atas nikmat yang diberi dan
menggunakan segala nikmat itu untuk berbuat taat kepada Allah subhanahu
wata‘ala.
·
Tiap-tiap nikmat yang diberi oleh Allah subhanahu wata‘ala
kepada makhlukNya adalah dengan limpah kurniaNya semata-mata, seperti nikmat
kesihatan, kekayaan, kepandaian dan sebagainya. Oleh yang demikian, bersyukur
dan berterima kasih atas nikmat-nikmat tersebut merupakan suatu kewajipan
kepada Allah subhanahu wata‘ala.
·
Setiap nikmat juga hendaklah disyukuri kerana orang yang tidak
berterima kasih adalah orang yang tidak mengenang budi. Oleh itu, hendaklah
digunakan nikmat-nikmat Allah itu untuk menambahkan ibadah kepada Allah dan
sangatlah keji dan hina menggunakan nikmat-nikmat itu untuk menderhakai Tuhan
yang memberi nikmat.
Bab 6 : Ikhlas
1. Sifat ikhlas
ialah menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja yang dilakukan semata-mata
kerana Allah s.w.t. dan diqasadkan ( niat ) untuk menjunjung perintah
semata-mata serta membersihkan hati dari dosa riya’ , ujub atau inginkan pujian
manusia.
2. Firman Allah
s.w.t. di dalam Al-Quran yang bermaksud :
“ Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah
Allah s.w.t. dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya , lagi tetap teguh di atas
tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat dan yang
demikian itulah agama yang benar “.
( Surah Al-Bayyinah – Ayat 5 )
( Surah Al-Bayyinah – Ayat 5 )
3. Setiap pekerjaan
yang dilakukan hendaklah dibersihkan daripada sesuatu tujuan yang lain daripada
taat kepada perintah Allah s.w.t.
4. Hendaklah
dibersihkan niat daripada sebab-sebab yang lain dari sifat-sifat yang keji (
sifat mazmumah ) seperti riya’ , ujub , inginkan kemasyhuran dan lain-lain
lagi.
5. Dalam
meninggalkan larangan Allah s.w.t. hendaklah diniatkan untuk taat semata-mata
bukan kerana malu kepada makhluk atau sebagainya.
Tasawwuf > Bab 7 : Tawakkal
·
Iaitu menetapkan hati dan berserah kepada Allah pada segala
perkara yang berlaku serta jazam (putus) pada i`tiqad bahawa Allah subhanahu
wata‘ala yang mengadakan dan memerintahkan tiap-tiap sesuatu.
·
Berserah kepada Allah pada segala perkara itu hendaklah
disertakan dengan ikhtiar dan usaha kerana Allah menjadikan sesuatu mengikut
sebab-sebabnya, seperti dijadikan pandai kerana belajar, dijadikan kaya kerana
rajin berusaha atau berjimat cermat dan sebagainya.
Tasawwuf > Bab 8 : Mahabbah
·
Iaitu kasihkan Allah subhanahu wata‘ala dengan mengingatiNya
pada setiap masa dan keadaan.
·
Kasihkan Allah ialah dengan segera melakukan segala perintahNya
dan berusaha mendampingkan diri kepada Allah dengan ibadah-ibadah sunat dan
bersungguh-sungguh menghindari maksiat serta perkara-perkara yang membawa
kemarahanNya.
Bab 9 : Sifat Redha
1) Sifat redha
adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.
2) Pengertian redha
ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t.
baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada’ atau sesuatu ketentuan daripada
Allah s.w.t.
3) Redha terhadap
Allah s.w.t terbahagi kepada dua :
·
Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan
kepada manusia.
·
Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang
mengenai diri.
Redha Menerima hukum Allah s.w.t. :
Redha menerima
hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan
iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima
peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa
atau dipaksa.
Merasa tunduk dan
patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima
syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya adalah memancar dari
mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan inilah tanda keimanan yang murni
serta tulus ikhlas kepadaNya.
Firman Allah s.w.t.
yang bermaksud :
” Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh – sungguh “. ( Surah An-Nisaa’ : Ayat 65 )
Dan firman Allah
s.w.t yang bermaksud :
” Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ‘ Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju “.
( Surah At Taubah : Ayat 59 )
Pada dasarnya
segala perintah-perintah Allah s.w.t. baik yang wajib mahupun yang Sunnah
,hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga dengan
larangan-larangan Allah s.w.t. hendaklah dijauhi dengan lapang dada .
Itulah sifat redha
dengan hukum-hukum Allah s.w.t. Redha itu bertentangan dengan sifat dan sikap
orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya menerima
hukum-hukum Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t.
yang bermaksud :
” Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. ‘Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ‘,Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka “. ( Surah Muhammad : Ayat 26 )
Andaikata mereka
ikut beribadah, bersedekah atau mengerjakan sembahyang maka ibadah itu mereka melakukannya
dengan tidak redha dan bersifat pura-pura. Demikianlah gambaran perbandingan
antara hati yang penuh redha dan yang tidak redha menerima hukum Allah s.w.t. ,
yang mana hati yang redha itu adalah buah daripada kemurnian iman dan yang
tidak redha itu adalah gejala nifaq.
Redha Dengan Qada’ :
Redha dengan qada’
iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik
berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan
bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka
memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam
keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.
Diberitakan
Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata :
” Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan “.
Dan apabila
kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan :
” Segala puji bagi Allah atas segala perkara “.
” Segala puji bagi Allah atas segala perkara “.
Perintah redha
menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda
yang lain yang bermaksud :
” Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu
janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan
begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan
dan apa yang ia suka , ia perbuat ! ” Kerana sesungguhnya perkataan :
andaikata… itu memberi peluang pada syaitan ” . (Riwayat Muslim)
Sikap redha dengan
mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau
sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian :
Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa
sesungguhnya Allah s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi
Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana
atas segala sesuatu.
Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa
ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan
dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.
Sabda Rasulullah
s.a.w. yang bermaksud :
” Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya “.
( Riwayat Muslim )
” Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya “.
( Riwayat Muslim )
Tasawwuf > Bab 10 : Zikrulmaut
·
Iaitu sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersedia dengan
amalan-amalan yang baik.
·
Oleh kerana seseorang itu akan mati, maka hendaklah ia bersedia
dengan amalan-amalan yang baik dan hendaklah ia memenuhkan tiap-tiap saat
daripada umurnya itu dengan perkara yang berfaedah bagi akhiratnya kerana
tiap-tiap perkara yang telah lalu tidak akan kembali lagi.
Sifat-sifat Mazmumah
1. Syarrut ta‘am (banyak makan)
·
Iaitu terlampau banyak makan atau minum ataupun gelojoh ketika
makan atau minum.
·
Makan dan minum yang berlebih-lebihan itu menyebabkan seseorang
itu malas dan lemah serta membawa kepada banyak tidur. Ini menyebabkan kita
lalai daripada menunaikan ibadah dan zikrullah.
·
Makan dan minum yang berlebih-lebihan adalah ditegah walaupun
tidak membawa kepada lali daripada menunaikan ibadah kerana termasuk di dalam
amalan membazir.
2. Syarrul kalam (banyak bercakap)
·
Iaitu banyak berkata-kata atau banyak bercakap.
·
Banyak berkata-kata itu boleh membawa kepada banyak salah, dan
banyak salah itu membawa kepada banyak dosa serta menyebabkan orang yang
mendengar itu mudah merasa jemu.
3. Ghadhab (pemarah)
·
Ia bererti sifat pemarah, iaitu marah yang bukan pada menyeru
kebaikan atau menegah daripada kejahatan.
·
Sifat pemarah adalah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran.
Oleh kerana itu, seseorang yang tidak mempunyai sifat pemarah akan dizalimi dan
akan dicerobohi hak-haknya.
·
Sifat pemarah yang dicela ialah marah yang bukan pada tempatnya
dan tidak dengan sesuatu sebab yang benar.
4. Hasad (dengki)
·
Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang
atau berpindah kepadanya.
·
Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain
mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih
daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian
seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahu wata‘ala kerana mengurniakan
sesuatu nikmat kepada orang lain.
·
Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan
berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan
hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.
5. Bakhil (kedekut)
·
Iaitu menahan haknya daripada dibelanjakan atau digunakan kepada
jalan yang dituntut oleh agama.
·
Nikmat yang dikurniakan oleh Allah subhanahu wata‘ala kepada
seseorang itu merupakan sebagai alat untuk membantu dirinya dan juga membantu
orang lain. Oleh yang demikian, nikmat dan pemberian Allah menjadi sia-sia
sekiranya tidak digunakan dan dibelanjakan sebagaimana yang dikehendaki oleh
Allah subhanahu wata‘ala.
·
Lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara yang menyempurnakan agama
seperti zakat, mengerjakan haji dan memberi nafkah kepada tanggungan, maka
menahan hak atau harta tersebut adalah suatu kesalahan besar di sisi agama.
6. Hubbul jah (kasihkan kemegahan)
·
Iaitu kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat.
·
Perasaan inginkan kemegahan dan pangkat kebesaran menjadikan
perbuatan seseorang itu tidak ikhlas kerana Allah.
·
Akibat daripada sifat tersebut boleh membawa kepada tipu helah
sesama manusia dan boleh menyebabkan seseorang itu membelakangkan kebenaran
kerana menjaga pangkat dan kebesaran.
7. Hubbud dunya (kasihkan dunia)
·
Ia bermaksud kasihkan dunia, iaitu mencintai perkara-perkara
yang berbentuk keduniaan yang tidak membawa sebarang kebajikan di akhirat.
·
Banyak perkara yang diingini oleh manusia yang terdiri daripada
kesenangan dan kemewahan. Di antara perkara-perkara tersebut ada
perkara-perkara yang tidak dituntut oleh agama dan tidak menjadi kebajikan di
akhirat.
·
Oleh yang demikian, kasihkan dunia itu adalah mengutamakan
perkara-perkara tersebut sehingga membawa kepada lalai hatinya daripada
menunaikan kewajipan-kewajipan kepada Allah.
·
Namun begitu, menjadikan dunia sebagai jalan untuk menuju
keredhaan Allah bukanlah suatu kesalahan.
8. Takabbur (sombong)
·
Iaitu membesarkan diri atau berkelakuan sombong dan bongkak.
·
Orang yang takabbur itu memandang dirinya lebih mulia dan lebih
tinggi pangkatnya daripada orang lain serta memandang orang lain itu hina dan
rendah pangkat.
·
Sifat takabbur ini tiada sebarang faedah malah membawa kepada
kebencian Allah dan juga manusia dan kadangkala membawa kepada keluar daripada
agama kerana enggan tunduk kepada kebenaran.
9. ‘Ujub (bangga diri)
·
Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.
·
Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam
hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi
pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa
orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan.
·
Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan
memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada
kelebihannya.
10. Riya’ (menunjuk-nunjuk)
·
Iaitu memperlihatkan dan menunjuk-nunjuk amalan kepada orang
lain.
·
Setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan
hilanglah keikhlasan dan menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah kepada
Allah semata-mata.
