Seperti biasa, TAZKIRAH JUMAAT kali ini juga disampaikan oleh Imam Ustaz Haji Ismail bin Haji Awang kira-kira 20 minit sebelum masuknya waktu Solat Jumaat.
Kali ini beliau memperkatakan tentang 'Bulan Maulud" .....
Beliau memulakan dengan membaca hadis nabi yang bermaksud : " Bertuah sesiapa yang melihat Aku dan beriman, lebih bertuah dan berbahagia sesiapa yang tidak melihat Aku tetapi beriman."
Hadis ini membawa maksud bahawa WAJIB beriman kepada Nabi hingga kiamat, kalau tidak hukumnya KAFIR dan masuk NERAKA.
Selain itu, Nabi berkata bahawa " Barangsiapa ziarah Aku pada hal Aku wafat, samalah seperti ziarah semasa Aku hidup." Hal ini menunjukkan bahawa betapa sayangnya Rasulullah kepada Umatnya iaitu kita.
Oleh sebab itu jugalah orang yang menziarahi makam Nabi , ada yang berpesan agar disampaikan salam mereka kepada Nabi dan sesungguhnya Nabi mendengar ucapan salam itu seolah-olah baginda masih hidup.
Bukti bahawa Baginda terlalu sayang akan umatnya (kita) ialah apabila baginda berulang-ulang berkata "Umatku ! Umatku!" walaupun baginda sedang nazak.
Sebagai membuktikan kasih cinta kita kepada Rasulullah, kita hendaklah mengikut SUNNAH baginda dengan mengikut cara kehidupan Rasulullah.
Jika semasa hidupnya Rasulullah menjadi tempat rujukan maka setelah kewafatan Baginda, Quran dan Hadislah sebagai tempat rujukan.
Allah mengutuskan Nabi bukan hanya kepada manusia bahkan kepada jin sebagai petunjuk kepada jalan yang diredhai. Selain itu
i ) untuk memperbaiki kelakuan manusia.
ii) untuk meperbaiki dan menyempurnakan akhlak manusia
iii) memperbetulkan Aqidah iaitu dengan Aqidah Islam
iv) menyatukan manusia tidak kira bangsa kerana Orang Islam itu adalah bersaudara
v) apabila Nabi Muhammad datang, maka semua Agama yang terdahulu dan kemudian daripadanya akan terbatal / mansuh kecuali Agama Islam.
vi) cara kehidupan baginda menjadi ikutan manusia dan jin hingga hari kiamat.
Mengikut kajian, orang yang paling istimewa, paling popular, paling "top" di dunia hingga ke hari ini ialah Nabi Muhammmad. Perkara ini turut diakui oleh orang kafir yang juga membuat kajian berkenaan.
Tidak ada orang lain yang dikaji dan diketahui bermula lahirnya sehingga wafatnya.
Dikaji dan diketahui susuk tubuhnya dari kaki hingga ke hujung rambut.
Malah dikaji dan diketahui tingkah laku dari beliau jaga hingga ke waktu tidurnya.
Dengan mengetahui cara kehidupan Rasulullah maka CINTAILAH baginda dengan mengikuti cara kehidupan sebagai satu SUNNAH kerana bagindalah contoh manusia yang sebaik-baik akhlak.
Apabila para sahabat bertanya kepada Saidatina Aisyah tentang akhlak baginda, maka Saidatina Aisyah menjawab "Bacalah Al-Quran" kerana sebagaimana yang vdiceritakan di dalam Al-Quran, begitulah akhlak baginda. ......

0 comments:
Post a Comment