TEMA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433 H / 2012 M ..

TEMA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433 H / 2012 M

“PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH”

Saturday, 11 February 2012

SIFAT-SIFAT MAZMUMAH .....



Kuliah mingguan : Sabtu malam Ahad
Penceramah :  Ustaz Hj. Ismail b. Hj. Awang (Iman 1 Masjid FTS)
Bidang : Tasauf
Tajuk : Sifat-Sifat Mazmumah
______________________________________________________________________________

Beliau memulakan dengan berpesan kepada jemaah agar bersyukur atas segala nikmat Allah dan NIKMAT KESIHATAN adalah salah satu nikmat yang besar.

Seterusnya beliau beliau mengingatkan bahawa tiada apa yang ada dan berlaku di dunia ini tanpa kehendak daripada Allah (Khaliq).

Beliau meneruskan kuliah tentang sifat-sifat MAZMUMAH yang berikutnya dengan membaca Firman Allah yang  bermaksud "Makan minumlah, jangan kamu melampau-lampau yakni berlebih-lebihan."

Seterusnya beliau membacakan hadis yang bermaksud " Kami adalah satu kaum yang tidak makan melainkan ketika kami lapar dan berhenti sebelum kami kenyang."

- Segala penyakit itu adalah berpunca daripada apa yang dimakan -

Nabi pernah ditawarkan doktor peribadi, gundik dan buruh (hamba), maka Nabi hanya memilih buruh (hamba) kerana kesihatan boleh dijaga dengan menjaga makan.

" Ilmu dari 7 petala bumi dan 7 petala langit tidak akan masuk jika seseorang itu penuh perutnya dengan kekenyangan makanan."

"Orang yang hampir dengan Allah Taala ialah orang yang panjang masa laparnya dan yang panjang fikirnya tentang  kebesaran dan kehebatan Allah."

Beliau menambah " Apabila berfikir tentang perkara-perkara ghaib maka kita cuma perlu yakin akan adanya perkara-perkara ghaib itu kerana fikiran manusia terhad untuk memikirkan perkara-perkara ghaib itu seperti adanya ALAM BARZAH, PADANG MASYAR, TITIAN SYIRAT dana lain-lain."


Sifat MAZMUMAH yang seterusnya ialah BANYAK BERCAKAP.

Beliau membacakan Firman Allah yang bermaksud " Tiada kebajikan kepada yang banyak berkata-kata dengan perkataan yang tidak memberi faedah, lagho atau bercakap kosong."

- Tambahan lagi percakapan yang membuatkan orang ketawa maka setiap kali ketawa itu maka berdosalah dia.-
"Melainkan percakapan yang menyuruh manusia akan kebaikan (seperti berderma, berzakat, menjayakan syariat Islam atau yang menyusruh berbuat baik atau mendamai antara dua kumpulan yang bermusuhan.)"

Nabi S.A.W ada berkata : "Demi Allah, Tidak akan kamu masuk syurga melainkan yang beriman. Tidak akan masuk syurga orang yang beriman melainkan dengan beramal. Dan tidak akan masuk syurga orang yang beramal melainkan orang yang berkasih-kasihan antara umat Islam."

- Selain keluarga, jiran merupakan keutamaan untuk kita berbuat baik.-

Nabi bersabda : " Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia berkata dengan kebajikan (elok dan tidak menyakitkan hati orang yang mendengar)."

"Jika kita tidak boleh berkata baik adalah lebih elopk berdiam diri."

"Barangsiapa yang dipelihara Allah akan kejahatan antara dua pasang dagunya ( bibir dan lidah) dan kejahatan antara kedua pehanya (kemaluannya), NESCAYA MASUKLAH DIA KE DALAM SYURGA."

Sifat MAZMUMAH yang seterusnya ialah "KASIH AKAN HARTA BENDA."

Firman Allah yang bermaksud :" Bermula harta benda, anak-pinak (cucu-cicit) itu hanyalah perhiasan dunia semata."

_ Ini membawa maksud bahawa harta benda dan anak-pinak tidak dapat menjamin seseorang ketika di akhirat.-

Sebaliknya :" Bermula dengan amal yang soleh, yang berkekalan sehingga hari akhirat atau perkataan zikir dengan menyebut nama Allah."

Beliau memberikan contoh Omar Abdul Aziz yang memerintah hampir 2/3 dunia masih dapat membaca 1 juzuk Al-Quran dalam sehari.

Oleh sebab masa tidak mengizinkan, beliau mengakhiri kuliah dengan berpesan bahawa semua anggota panca indera kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti kecuali HIDUNG.

Sekian. Wallahuaklam.

Ini adalah catatan peribadi daripada apa yang didengar dan difahami. Sekiraanya terdapat kekhilafan, maka bertanyalah kepada yang lebih arif.






0 comments:

Post a Comment