TEMA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433 H / 2012 M ..

TEMA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433 H / 2012 M

“PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH”

Sunday, 5 February 2012

KURSUS HAJI, 2012 .....


Pada 4 Februari 2012 bersamaan hari Sabtu bermulalah sesi Kursus Haji pada tahun ini yang akan dilangsungkan selama 13 minggu iaitu pada setiap hari Sabtu. Pada kali ini seramai kira-kira 80 orang peserta telah mendaftarkan diri bagi mengikuti kursus berkenaan. Seperti juga tahun-tahun yang lepas, yuran pendaftaran sebanyak RM60.00 telah dikenakan kepada setiap peserta untuk 13 sesi kursus dan 3 jam untuk setiap sesi.


Kelihatan sebahagian daripada para peserta sedang membuat pendaftaran.


En. Muhammad Arshad b. Abdullah PJK. selaku Pengerusi Masjid merangkap pengerusi program sedang menyampaikan sepatah dua kata pada Majlis Pembukaan Kursus Haji pada kali ini.


Ceramah Haji disampaikan oleh Ustaz Hj. Bahari b. Yoep.


Para peserta sedang asyik mendengar ceramah yang disampaikan.



Peserta menjamu juadah yang dihidangkan ketika rehat.

0 comments:

Post a Comment