أَحَبُّ الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ مَسَاجِدُهَا وَأَبْغَضُ الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ أَسْوَاقُهَا Tempat yang paling disukai oleh Allah di sesebuah negeri itu ialah masjid-masjidnya dan tempat yang paling dibenci oleh Allah di sesebuah negeri itu ialah pasar-pasarnya”. (Riwayat Muslim)مسجيد جامع فيلدا ترولق سلاتن
Thursday, 26 January 2012
TAZKIRAH JUMAAT .....
Tazkirah Jumaat disampaikan oleh Imam bertugas pada minggu ini iaitu Tuan Haji Ismail b. Hj. Awang.
Tajuk : Taqwa
Beliau menerangkan bahawa TAQWA itu ialah mengerjakan suruhan Allah serta meninggalkan laranganNya. Untuk mendapatkan Taqwa, seseorang perlu sentiasa melupakan 2 perkara dan ingatkan 2 perkara iaitu :
1. Selalu mengingati kebaikan orang lain ke atas diri kita.
2. Sentiasa mengingati kejahatan yang kita lakukan terhadap orang lain.
3. Segera melupakan kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain untuk selama-lamanya dengan tidak
mengungkit kebaikan tersebut.
4. Segera melupakan kejahatan yang dilakukan orang lain terhadap kita dengan memaafkannya.
5. Menjaga hubungan dengan Allah seperti bangun bersolat pada malam hari.
6. Selalu memperbaiki diri dengan bermuhasabah diri.
7. Berbudi bahasa dengan Allah dan manusia. (Orang yang baik ialah orang yang sentiasa memberi manfaat
kepada orang lain.)
8. Mampu meninggalkan perkara-perkara yang haram dan makruh seperti merokok.
9. Bersifat pegang janji dengan Allah dengan taat akan suruhanNya.
10. "Murakabah" iaitu sentiasaa merasakan ada malaikat yang memerhatikannya.
11. "Muhasabah" iaitu menilai diri sendiri.
12. "Muakalah" iaitu mendenda diri kiota dengan memperbanyakkan ibadah sunat.
Seterusnya beliau menyatakan kebaikan dan ganjaran kepada orang yang bertaqwa. Antaranya :
1. Allah akan menghilangkan kesusahan dan kegelisahan orang yang bertaqwa.
2. Allah akan membukakan jalan kesusahan kepada jalan kesenangan dan kemudahan.
3. Mendapat lindungan Allah pada hari Akhirat iaitu di Padang Masyar.
Beliau mengakhiri tazkirah dengan ingatan bahawa :
1. 2 rakaat bersembahyang sunat pada malam hari adalah bersamaan 1000 rakaat yang dilakukan pada
siang hari.
2. Hanya ibadah yang dilakukan dengan ikhlas sahaja yang akan diterima oleh Allah.
P/s : Catatan ini adalah daripada apa yang didengar dan pemahaman penulis. Sebarang kekhilafan daripada segi fakta mohon dirujuk kepada guru yang arif. Wallahuaklam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment