SAMBUTAN MAULIDUR RASUL TAHUN LALU 2011M/1432H
SEMOGA SAMBUTAN PADA TAHUN INI 2012 M / 1433 H AKAN LEBIH MERIAH
MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENGAMBIL BAHAGIAN
بسم الله الرحمن الرحيم
Kepada :
Semua
Lapisan Penduduk,
Tarikh : 27 JANUARI 2012
Kariah
Masjid Felda Trolak Selatan.
3 RABIUL AWAL 1433
Tuan/Puan/Saudara/Saudari,
PERTANDINGAN SEPANDUK, BERZANJI DAN
TULISAN JAWI BERSEMPENA SAMBUTAN
MAULIDUR RASUL 1433 H/2012M
Dengan
hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan
Jawatankuasa Kariah Masjid telah bersetuju untuk mengadakan pertandingan
seperti yang dinyatakan di atas bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada
tahun ini. Diharapkan dengan adanya pertandingan ini dapat mengeratkan lagi
tali silaturrahim antara penduduk disamping meramaikan lagi warga yang dapat
menguasai pembacaan berzanji dan marhaban juga kemahiran dalam penulisan jawi
seterusnya akan memeriahkan lagi sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.
3. Sehubungan itu, penyertaan daripada segenap
lapisan penduduk amat diharap dan dialu-alukan demi menjayakan sambutan pada
kali ini.
4. Bersama-sama ini disertakan
Syarat-Syarat Pertandingan serta Borang Penyertaan untuk perhatian dan tindakan
tuan/puan/saudara/saudari sekalian.
Kerjasama
dan perhatian daripada tuan/puan/saudara/saudari didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.
Sekian
dimaklumkan.
Saya yang
benar,
.....................................................
(AHMAD RAFIE
B. HJ. MAT NOOR)
Setiausaha
Masjid Jamek (F) Trolak Selatan.
1. PERTANDINGAN
BERZANJI
Tarikh : 3
Mac 2012 (Sabtu)
Masa :
9.00 Malam
Tempat :
Perkarangan Masjid Jamek Felda Trolak selatan
Syarat-syarat umum :
i)
Sebanyak
4 kategori akan dipertandingkan iaitu:
a)
Kategori
Kanak-Kanak
b)
Kategori
Belia / Beliawanis
c)
Kategori
Dewasa Wanita
d)
Kategori
Dewasa Lelaki
ii)
Rawi-Rawi
Yang Dipilih
a)
WABA’DU
b)
WALAM
MA ARADALLAH
c)
WALAM
MA TAMMAMIN
d)
WABARAZASALLAH
iii)
Keputusan
Hakim adalah MUKTAMAD.
iv)
Borang Penyertaan hendaklah dikembalikan kepada URUSETIA TIDAK LEWAT PADA 20 FEBRUARI 2012.
v)
Peraturan-Peraturan
Khusus dan Kategori Pemarkahan akan dimaklumkan oleh Pengerusi Pertandingan
pada hari berkenaan.
2. PERTANDINGAN
SEPANDUK
Tarikh :
4 MAC 2012 (Ahad)
Masa :
8.00 Pagi (Sebelum Perarakan Dimulakan)
Tempat :
Perkarangan Pusat Kesihatan
Syarat-Syarat Umum:
i)
Sebanyak
7 Kategori dipertandingkan iaitu:
a)
Kategori
Murid Prasekolah / Tadika
b)
Kategori
Murid Sekolah Kebangsaan / SRAR
c)
Kategori
SekolahMenengah
d)
Kategori
Blok / Peringkat
e)
Kategori
Persatuan / Badan NGO
f)
Kategori
Pasukan Beruniform
g)
Kategori
Agensi Kerajaan / Swasta
ii)
Tulisan
pada sepanduk ialah 100% TULISAN Jawi
disamping ditulis Tema Maulidur Rasul tahun ini. Nama agensi/ persatuan / NGO /
sekolah juga perlu ditulis pada sependuk berkenaan.
iii)
Ukuran
Kain Sepanduk ialah : Panjang 6 kaki X Lebar 3 kaki (6’ x 3’). WARNA KAIN ADALAH BEBAS.
iv)
Jumlah
peserta yang menyertai Kontijen Sepanduk masing-masing juga akan dinilai dan
diberi markah.
v)
Keputusan
Hakim adalah MUKTAMAD.
vi)
Borang Penyertaan hendaklah dikembalikan kepada URUSETIA TIDAK LEWAT PADA 20 FEBRUARI 2012.
3. PERTANDINGAN
PENULISAN JAWI
Tarikh :
3 MAC 2012 (Sabtu)
Masa :
8.30 Pagi
Tempat :
Sekolah Agama Rakyat, Felda Trolak Selatan
Syarat-Syarat Umum:
i) Sebanyak 6 kategori dipertandingkan iaitu:
a)
Kategori Murid Tahun 3 & Tahun 4
b)
Kategori Murid Tahun 5 & Tahun 6
c)
Kategori Pelajar Sekolah Menengah
d)
Kategori Belia & Beliawanis
e) Kategori Dewasa Lelaki
f)
Kategori Dewasa Perempuan
ii)
Syarat-syarat pertandingan akan dimaklumkan oleh Pengerusi Pertandingan
pada
hari berkenaan.
iii)
Keputusan Hakim adalah MUKTAMAD.
iv)
Borang Penyertaan hendaklah dikembalikan kepada URUSETIA TIDAK LEWAT PADA 20 FEBRUARI 2012.
Perhatian :
1.
Semua syarat pertandingan adalah tertakluk
kepada pindaan.
2.
Pejabat
URUSETIA ialah di :
Pejabat En. Muhammad Arshad
b. Abdullah PJK. (Pak Chat)
0 comments:
Post a Comment